Tuesday 23 December 2014

Partition Dapur

Dapur merupakan kawasan yang biasanya paling huru-hara dalam sesebuah rumah. Yang palin tidak selesa adalah apabila rumah yang kita beli mempunyai dapur yang bergabung dengan ruang tamu. Itulah apa yang berlaku pada aku semasa aku mula-mula menduduki rumah ini.
Dengan keluasan rumah yang kecil, dapur pulak bergabung dengan ruang tamu, memang agak menyesakkan terutamanya apabila ada tetamu yang datang. Apa taknya, nak bancuh air pun tamu dah tau air apa yang nak kita bancuh. Jadi bagi mengatasi masalah tu, apa lagi, seperti biasa pak tukang mula beraksi.

Beginilah lebih kurang rupa ruang dapur asal aku.


Ada ruangan lebih kurang 8"x 8" sebab tandas dan bilik utiliti dibuat sebaris dengan dapur ni. Jadilah dapur yang menganga menghadap ke ruang tamu.

Untuk menutup ruangan yang ternganga tu, aku cadang nak buat pintu gerbang saiz standard dengan hiasan kaca di kiri dan kanannya. Jadi, aku perlukan sedikit batu bata, cornice separuh bulatan dan kaca-kaca hiasan, simen dan pasir.

Mula-mula aku pecahkan sedikit bahagian tepi yang akan aku sambungkan dengan dinding yang baru bagi membolehkan simen melekat pada dinding asal. Lepas siap ikat bata setinggi pintu aku pasangkan cornice yang aku beli. Lepas tu, plaster. Projek ni aku siapkan dalam dua hari hujung minggu.

Jadi taklah nampak ternganga sangat dapur tu. Lepas semuanya selesai, cari balik tong cat warna asal yang lebih tu dan sapukan.

Hasilnya, amacam.. boleh la, hasil kerja tangan sendiri. Taklah cantik macam professional yang buat, tapi puashati.

Kos tak sampai RM300.00, cubalah. Tengok hasil yang dah siap.







5 comments:

  1. Salam.. cornice tu encik beli bpe rm ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam RM35.00 kot..dah lama la projek ni..tak brp ingat..tp kurang dr RM50.00 la..

      Delete
    2. Dalam RM35.00 kot..dah lama la projek ni..tak brp ingat..tp kurang dr RM50.00 la..

      Delete
  2. Salam.. cornice tu encik beli bpe rm ye?

    ReplyDelete
  3. Hiasan kaca yg ikat kat tepi pintu berapa harga semasa.. boleh hubungi saya atau pun email saya

    ReplyDelete