Aku mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada tahun 2002. Lepas habis study aku bercadang untuk tinggal di kampung asalku di Muar, Johor. Tapi kita merancang dan Allah juga merancang, pada awal tahun 2002 kilang tampat aku bekerja menghentikan operasi kesan dari masalah ekonomi 1997 & 1998. Aku berpindah mengikut arahan syarikat tempat aku bekerja untuk ke Kuala Lumpur. Dengan gaji yang tak seberapa aku memulakan langkah baru dalam hidupku berhijrah ke Kuala Lumpur.
Pada mulanya aku menyewa rumah milik abang di Puchong. Setelah dua tahun aku tinggal disitu aku telah memberanikan diri untuk memiliki rumah sendiri di Bandar Saujana Putra, sebuah perumahan baru berhampiran dengan Putrajaya. Rumah tersebut taklah besar sangat tapi Alhamdulillah selesa untuk aku hidup sekeluarga 5 beranak.
Rumah teres 4 bilik dengan 3 bilik air berukuran 18' x 55' ini telah aku diami semenjak tahun 2007. Pada awalnya kemudahan disini amatlah dhaif. Tanpa jalan penghubung, klinik, balai polis dan serba-serbinya tiada aku akui agak khuatir pada mulanya tinggal disini. Memandangkan hanya perumahan disini yang aku rasa mampu untuk memiliki rumah teres aku cekalkan hati dan kini setelah lebih 4 tahun tinggal disini aku merasakan telah selesa dengan persekitaran tempat tinggalku.
Rumah ini aku beli pada awal 2004 dengan harga kurang dari RM120,000.00, agak kecil dengan keluasan binaan 18' x 35'. Rumah ini pada awalnya siap dengan binaan yang asas. Tangga kayu, simen render pada ruang hadapan, dapur yang kecil, bilik utility yang amat comel membuatkan aku berasa ada sesuatu yang perlu aku lakukan untuk menjadikan rumah ini selesa untuk didiami.
Bagaimanapun, kos menjadi halangan untuk aku membuat ubahsuai, maklumlah dengan belanja seharian dan anak-anak yang sedang membesar disamping aku bekerja seorang, banyak lagi keutamaan yang aku perlu berikan selain untuk mengubahsuai rumah. Justru aku mula menggunakan masa luangku pada hujung minggu untuk membuat ubahsuai rumah.
Justru bermulalah perjalanan aku menempuhi perjalanan sebagai TUKANG HUJUNG MINGGU.
Assalamualaikum.. TERBAIK..saudara
ReplyDeleteGambling, Casino and Gaming - DrmCD
ReplyDeleteLas Vegas is home to some of the 광명 출장샵 best gaming and entertainment 충청북도 출장샵 venues. The city has 경산 출장안마 a lot to offer and 과천 출장마사지 it's easy 정읍 출장샵 to make choices