Kolam ikan mini ni aku buat memandangkan ada ruang kosong di belakang tong sampah dan peti surat. Ruang kosong ni lebih kurang 6" x 8". Aku rasa kalau aku buat kolam ikan menarik jugak, sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti kat luar rumah sambil-sambil bercucuk tanam.
Untuk memudahkan kerja aku plan untuk buat kolam berbentuk empat segi sama aje. Aku pun mula la menggali dengan cangkul kecil yang aku beli dari hardware. Mujur la kawasan baru jadi takde keras sangat tanahnya. Aku gali lebih kurang 1.5" dalam.
Lepas tu kolam tu terbiar agak lama memandangkan aku agak sibuk dengan urusan yang lain. Kebetulan pulak musim hujan, nak dijadikan cerita, tebing kolam tu terhakis sikit menjadikan dinding kolam tu agak landai. Ah..lantaklah..landai pun cantik jugak aku rasa.
Lepas tu aku pun konkritkan lantai dan dinding kolam. Masa aku konkrit kolam ni ada la budak-budak Indonesia yang kerja kontrak tegur, katanya kalau tak nak bagi bocor campurkan simen konkrit dengan latex yg jual kat kedai hardware. Aku mana la tau. Tapi alhamdulillah, tak bocor la pulak kolam aku ni.
Masa kolam ni siap anak sulong aku baru umur 3 tahun, tapi umur kolam ni tak lama, aku dah kambus balik sebab masa baby aku yang ke 3 dah mula cerdik sikit, dia campak semua mainan dia dalam kolam ni. Yang tak boleh tahan teddy bear pun dia campak. Lagipon kalau nak buat kolam kat luar lebih baik buat siap dengan penapis sebab tak larat nak cuci lumut 'algae' yang tumbuh.
Ini la rupa kolam yang aku buat selepas siap, sejuk mata memandang. Modal yang besar untuk buat kolam ni ialah pam air dengan batu hiasan untuk air terjun tu la.
Semuanya aku beli kat Sungai Buloh jugak. Biasa la mana lagi.
No comments:
Post a Comment